Fedora 20 Akan Dipanggil “Heisenbug” – Pelancaran Pada Penghujung November

Fedora 20 Akan Dipanggil “Heisenbug” – Pelancaran Pada Penghujung November

Diterbitkan pada Sep 8, 2013 oleh .

Dalam pelbagai sistem operasi berasaskan Linux di pasaran hari ini, salah satu yang popular adalah Fedora. Terkini, pihak pembangun Fedora telah pun mengumumkan nama kod untuk versi akan datang mereka, iaitu Fedora 20 “Heisenbug”.

Mengikut Wikipedia, “Heisenbug” merujuk kepada sebuah terma untuk pengaturcaraan komputer, dimana ia digunakan untuk pepijat perisian yang mana mengubah tingkah-lakunya apabila seseorang cuba untuk mengatasinya.

Pembangun Fedora mensasarkan untuk memperkenalkan versi alpha pertama Fedora 20 pada 19 September ini, dan diikuti versi beta pada bulan Oktober. Sekiranya ia mengikut jadual pembangunan yang ditetapkan, kita mungkin akan dapat melihat Fedora 20 dilancarkan secara rasminya pada 26 November 2013 ini.


TIPS & ULASAN