Kingsoft Office Free 2013 – Perisian Pejabat Dengan Sokongan Antaramuka RibbonUI

Kingsoft Office Free 2013 – Perisian Pejabat Dengan Sokongan Antaramuka RibbonUI

Diterbitkan pada Sep 8, 2013 oleh .

Terdapat beberapa pilihan aplikasi pejabat untuk pengguna Windows, termasuk daripada OpenOffice, LibreOffice dan juga Microsoft Office. Dan bagi mereka yang inginkan perisian yang bersaiz kecil dengan fungsi-fungsi seumpama Microsoft Office, salah satu perisian yang agak berguna adalah Kingsoft Office.

Versi terkininya adalah Kingsoft Office Free 2013, menawarkan tiga aplikasi terbina, iaitu Kingsoft Writer, Kingsoft Presentation, dan juga Kingsoft SpreadSheets. Seperti pada namanya, masing-masing adalah alternatif untuk Word, Excel dan juga Powerpoint pada Microsoft Office.

Kingsoft Writer

Dari penggunaan kami, boleh dikatakan ia mengekalkan ciri-ciri dan penggunaan seumpama Microsoft Office, sekaligus memudahkan pengguna Microsoft Office sekiranya ingin beralih kepada perisian ini. Ia juga turut hadir dengan sokongan tab untuk memudahkan penyuntingan beberapa dokumen pada waktu yang sama.

Antaramuka dan rekabentuknya juga kemas, disamping menyertakan beberapa pilihan tema, termasuk tema klasik untuk mereka yang tidak menyukai rekabentuk berasaskan RibbonUI.

Kingsoft Writer

Kingsoft Presentation

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Kingsoft Office Free 2013 hari ini, dan mencubanya sendiri pada komputer Windows anda.

Muat-Turun Kingsoft Office Free 2013 untuk Windows


TIPS & ULASAN