Cari @ Amanz

Terdapat beberapa kaedah untuk melihat notifkasi dari peranti Android adan terus di desktop, dan salah satu yang memudahkan proses tersebut adalah aplikasi Android Desktop Notifications.

Aplikasi ini menggunakan pelayar web untuk memperlihatkan notifikasi dari peranti Android anda terus ke pelayar web – Chrome dan juga Firefox.

Android Desktop Notification

Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu memasang aplikasi Desktop Notifications pada peranti Android mereka, dan seterusnya memasang add-on khas untuk Chrome atau Firefox.

Sebaik sahaja selesai memasang aplikasi berkenaan, pengguna boleh membuka aplikasi berkenaan pada peranti Android mereka, dan sebuah kod khas akan dipaparkan.

Seterusnya, pengguna hanya perlu memasukkan kod tersebut pada tab Desktop Notifications pada pelayar web mereka, dan seterusnya ia akan mula memaparkan notifikasi-notifikasi dari peranti Android terus pada desktop anda.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan boleh dikatakan adalah ia hanya memaparkan notifikasi sahaja, dan tidak membolehkan pengguna membalasnya, seperti MightyText dan sebagainya.

Apa pun, ia akan memudahkan pengguna untuk mengetahui sama ada sesuatu notifikasi itu penting ataupun tidak untuk mereka mencapai telefon pintar, ataupun boleh terus menjawabnya melalui komputer mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd