Cari @ Amanz

Peranti berasaskan Tizen masih lagi tidak diperkenalkan kepada umum secara meluas (selain hanya tablet di Jepun), namun pembangunannya makin menarik dari hari ke hari. Terkini, beberapa gambar hadir dari Tizen Indonesia, memperlihatkan antaramuka awal untuk Tizen 3.0.

Daripada apa yang diperlihatkan, Tizen 3.0 mengambil konsep FlatUI yang semakin popular dari hari ke hari, dan tampak lebih kemas berbanding sedia ada.

Tizen 3.0

Tizen 3.0

Tizen 3.0

Antaramuka awal Tizen 3.0 diperlihatkan pada Samsung Galaxy S4, maka mungkin kita akan turut sama dapat melihat pelbagai sokongan popular, seperti paparan 1080p, NFC, IR, dan sebagainya disokong pada sistem operasi berkenaan.

Tizen 3.0 dijangka akan diperkenalkan pada suku pertama 2014 kelak. Dan semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah peranti berasaskan sistem operasi ini ditawarkan di pasaran umum.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd