Lagi Gambar Nokia Lumia 1520 Hadir Ke Arena Web

Lagi Gambar Nokia Lumia 1520 Hadir Ke Arena Web

Diterbitkan pada Sep 9, 2013 oleh .

Selain sebuah imej yang telah tertiris sebelum ini memperlihatkan Nokia Lumia 1520, kini TheVerge berkongsi beberapa gambar peranti fizikal berkenaan, sekaligus membandingkan ia dengan telefon pintar Xperia.

Seperti sedia dikatakan sebelum ini, Nokia Lumia 1520 ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 1080p, selain mana turut dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 800 dan jua memori 2GB RAM. Ia dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan Windows Phone 8 GDR3 yang membawakan sokogan paparan 1080p, dan beberapa fungsi baru yang lain.

Nokia Lumia 1520

Selain itu, peranti ini juga dikatakan akan menyertakan slot kad-SD untuk ruangan storan tambahan.

Nokia dijangka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka ini yang jatuh dalam keluarga phablet dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN