Carian
Instagram Mencapai 150 juta Pengguna Aktif Bulanan – Pengiklanan Akan Datang
September 9, 2013 Aman

Angka pengguna Instagram boleh dikatakan bertambah dari hari ke hari, apatah lagi sejak pengenalan versi Android yang memperlihatkan peningkatan drastik pengguna. Hari ini, mereka berkongsi mengatakan yang mana kini mereka mempunyai lebih 150 juta pengguna aktif setiap bulan pada platform tersebut.

Dan melalui sebuah temuramah yang dilakukan pihak WSJ, salah satu perkara yang dikongsikan adalah dimana platform tersebut akan memperlihatkan iklan – dalam tempoh kurang setahun lagi.

Dengan pengambil-alihan oleh Facebook, ia adalah salah satu perkara yang sedia dijangka. Malah, Instagram sendiri perlu menjana pendapatan mereka dalam usaha untuk membolehkan mereka terus berkembang dari hari ke hari.

Buat masa ini, ia masih dibincangkan berkenaan bagaimanakah pengiklanan akan diimplementasikan pada perkhidmatan tersebut. Antara yang dikatakan adalah termasuk pada fungsi Discover serta pada bahagian carian. Mengikut spekulasi sebelum ini, ia juga tidak mustahil untuk pihak Instagram memperlihatkan iklan pada bahagian utama aplikasi berkenaan.

Apa pun, ia dikatakan pihak Instagram tidak akan mengulangi beberapa kesilapan yang dilakukan oleh Facebook bersama-sama pengiklan, dan akan menawarkan pengalaman penggunaan Instagram yang baik tanpa terganggu dengan iklan.

Komen