Carian
Nissan Memperlihatkan Jam Tangan Pintar Dengan Kebolehan Berhubung Ke Kereta
September 9, 2013 Aman

Dengan jam tangan pintar yang menjadi perbualan ramai akhir-akhir ini, kini pihak Nissan pula mengambil peluang untuk memperlihatkan jam tangan pintar mereka yang pertama, membolehkan ia dihubungkan ke kereta.

Melalui jam tangan yang dikenali dengan nama Nismo Watch ini, ia boleh memperlihatkan beberapa data biometrik, yang sekaligus menambah baik prestasi pemandu. Pengguna juga turut sama boleh melihat keadaan kenderaan mereka, termasuk melihat had laju purata dan juga penggunaan minyak pada kenderaan Nissan mereka.

Peranti yang menggunakan bateri berasaskan lithium ini dijangka akan mempunyai masa penggunaan normal sehingga tujuh hari, dan boleh dicaj menggunakan kabel mikro-USB.

Komen