Cari @ Amanz

Pada Samsung Premiere 2013 yang diadakan beberapa bulan lepas, pihak Samsung telah pun memperkenalkan siri kamera-NX yang dijana menggunakan sistem operasi Android, dipanggil Galaxy NX. Kini, ia kelihatan akan hadir ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Melalui akaun rasmi SamsungMalaysia, ia kelihatan, mereka telah mula mempromosi akan berkenaan dengan kehadiran kamera ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Namun, tiada sebarang tarikh yang diumumkan buat masa ini. Kami telah menghubungi pihak Samsung, dan akan mengemaskini lanjut berkenaan dengannya apabila menerima info mengenainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd