CIMB hari ini memperkenalkan salah satu perkhidmatan terbaru untuk para pengguna internet aktif, iaitu CIMBClicks Kwik. Melalui Kwik, CIMB menekankan kepada fungsi kemudahan penghantaran dan penerimaan wang, iaitu dengan hanya menggunakan nombor telefon ataupun alamat emel sahaja.
Melalui CIMBClicks Kwik, pihak CIMB dilihat memfokuskan kepada akaun perbankan berasaskan internet. Menariknya, pengguna boleh mendaftar akaun untuk Kwik terus melalui pelayar web, tanpa memerlukan mereka ke bank secara fizikal.
Selain daripada menghantar dan menerima wang, akaun tersebut juga boleh digunakan untuk membayar bil ataupun menambah-nilai prabayar. CIMB juga turut menyediakan pilihan untuk pengguna memohon kad ATM, untuk memudahkan pengeluaran wang melalui ATM.
Namun, berbeza dengan akaun biasa, untuk Kwik, CIMB mengehadkan had maksimum hanya sehingga RM4999 sahaja.
Untuk proses penambahan wang ke akaun CIMB Kwik ini juga, pihak CIMB menyediakan penggunaan FPX membolehkan pengguna akaun menggunakan sebarang bank atas talian lain untuk memindah wang kepadanya.
Walaubagaimanapun, pengenalan akaun CIMBClicks Kwik ini mungkin akan membolehkan lebih ramai menggunakan perbankan internet dengan aktif, disamping menggunakannya dalam menguruskan perbelanjaan internet mereka.
- Info
- Layari : CIMBClicks Kwik
Terima kasih MohdIsmail