HTC Desire 500 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899

HTC Desire 500 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899

Diterbitkan pada Sep 9, 2013 oleh .

Pada bulan Julai yang lepas, pihak HTC telah memperkenalkan satu lagi peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada mereka, iaitu Desire 500. Kini, telefon pintar berkenaan telah pun mula dijual di pasaran Malaysia.

HTC Desire 500

HTC Desire 500 membawakan peranti dengan skrin sentuh bersaiz 4.3-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz Snapdragon 200, memori 1GB RAM, dan dilengkapi kamera 8-megapixel yang didatangkan bersama-sama HTC ImageChip.

Seperti beberapa peranti lain pada tahun ini, telefon pintar ini juga turut dilengkapi dengan sokongan HTC BlinkFeed. Namun, sokongan lain seperti HTC BoomSound dan jua Ultrapixel tidak disertakan untuk peranti ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan HTC Desire 500 ini daripada para pengedar tempatan HTC pada harga RM899.


TIPS & ULASAN