Sony Memperkenalkan PS Vita Baru Dengan Masa Bateri Lebih Lama

Sony Memperkenalkan PS Vita Baru Dengan Masa Bateri Lebih Lama

Diterbitkan pada Sep 9, 2013 oleh .

Setelah mengumumkan penurunan harga untuk PS Vita sedia ada beberapa minggu yang lepas, hari ini pihak Sony mengambil pentas utama pada sebuah acara khas, mengumumkan PS Vita versi baru.

PS Vita

PS Vita versi baru ini dikatakan lebih nipis berbanding dengan sedia ada, disamping membawakan masa bermain yang lebih lama melaluinya. PS Vita baru ini juga turut sama membawakan pengecasan berasaskan mikro-USB, disamping turut dilengkapi dengan skrin LCD.

PS Vita baru ini akan didatangkan dalam pilihan warna merah jambu, hitam, biru, hijau, kuning dan juga kelabu. Ia dijangka akan mula dijual pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN