Sony Memperkenalkan PlayStation Vita TV

Sony Memperkenalkan PlayStation Vita TV

Diterbitkan pada Sep 9, 2013 oleh .

Selain mengumumkan PS Vita versi baru, pihak Sony juga turut sama memperkenalkan sebuah set-top box khas daripada mereka yang boleh dihubungka ke televisyen, dinamakan sebagai PS Vita TV.

PS Vita TV ini kelak akan membolehkan pengguna memainkan permainan Vita terus padanya dan mengawal ia pada televisyen seperti permainan konsol biasa.

Disamping itu, PS Vita TV ini juga turut sama membawakan sokonan untuk Music Unlimited, Video Unlimited, Karaoke dan beberapa perkhidmatan lain, membolehkan pengguna menikmati kandungan media melaluinya.

Di samping itu, untuk pemilik PlayStation 4 pula, anda boleh membuat remote play menggunakan PS Vita TV.

PS Vita ini dijangka akan dijual di Jepun pada bulan November ini, dan mungkin kita akan lihat ia turut hadir kepada pasaran lain selepas itu.


TIPS & ULASAN