Agak pantas kali ini, dimana setelah diumumkan oleh Samsung pada minggu lepas, pihak DiGi hari ini telah pun memulakan pendaftaran minat untuk para pengguna tempatan yang ingin mendapatkan phablet Galaxy Note 3 melalui pelan dan pakej DiGi.
Seperti biasa, ia hanya untuk tujuan pra-tempahan sahaja, dan harga untuknya tidak diketahui buat masa ini.
Galaxy Note 3 dijangka akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung bulan ini, dan mungkin kita akan melihat perkara sama dilakukan oleh Celcom dan Maxis tidak lama lagi.