Microsoft Bakal Mengumumkan Surface Generasi Baru Pada Bulan Ini

Microsoft Bakal Mengumumkan Surface Generasi Baru Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Sep 10, 2013 oleh .

Microsoft hari ini telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa, sekaligus memperlihatkan yang mana mereka akan mengumumkan Surface 2.0 pada 23 September ini, iaitu dalam masa lebih kurang dua minggu dari sekarang.

Ura-ura berkenaan Surface generasi baru bukanlah sesuatu yang baru, dimana mengikut apa yang diperkatakan, ia dijangka akan membawakan masa bertahan bateri yang lebih lama, termasuk menggunakan cip Intel Haswell bersama-sama dengannya. Perkara ini juga selari dengan pemotongan harga Surface Pro dan juga Surface RT oleh Microsoft baru-baru ini, sekaligus memberikan petanda versi baru peranti berkenaan akan hadir ke pasaran.

Selain versi Pro, Surface RT pula dijangka akan menyertakan cip pemprosesan Tegra 4, selain mana turut dijana menggunakan Windows RT 8.1 yang akan diperkenalkan pada bulan Oktober kelak.

Microsoft juga dijangka akan membawakan beberapa aksesori tambahan, termasuk antaranya adalah Power Cover yang membawakan masa bateri tambahan untuk digunakan bersama-sama Surface.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Microsoft kelak pada 23 September ini untuk Surface generasi baru mereka.


TIPS & ULASAN