Windows 8.1 sedia mencapai fasa RTM sebelum ini, dan semestinya ramai pembangun menantikan pengenalan sistem operasi mereka terlebih dahulu kepada mereka sebelum diperkenalkan kepada umum pada 18 Oktober kelak.
Kini, setelah beberapa komen daripada pembangun, pihak Microsoft telah pun menerbitkan Windows 8.1 kepada para pelanggan saluran MSDN dan juga TechNet, membolehkan mereka menguji dan menyediakan aplikasi mereka sebelum Windows 8.1 dilancarkan kepada umum.
Windows 8.1 bakal dilancarkan kepada umum pada 18 Oktober kelak, dimana ia akan menyertakan beberapa kemaskini, termasuk penambahan pada kawalan antaramuka, beberapa aplikasi baru, termasuk beberapa perkara yang lain. Ia akan ditawarkan secara percuma melalui Windows Store kepada para pengguna Windows 8 sedia ada.