Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, kita sedia mendengar desas-desus mengatakan NVIDIA akan memperkenalkan Tegra Tab mereka tersendiri, dan kini beberapa info lanjut hadir daripada FCC (Federal Communications Commission, Amerika Syarikat).

Tegra Tab

Tegra Tab

Tegra Tab

Daripada apa yang diketahui, tablet bersaiz 7-inci ini akan dijana menggunakan cip pemprosesan Tegra 4 dan didatangkan dalam dua variasi, iaitu versi biasa dan juga Tegra Tab dengan sokongan HDMI dan juga pena stylus. Selain daripada itu, Tegra Tab ini juga akan menyertakan kamera 5-megapixel dengan sokongan HDR pada bahagian belakang, selain dilengkapi kamera hadapan untuk panggilan video.

Seperti SHIELD sebelum ini, Tegra Tab juga dijana menggunakan Android, dan mungkin pihak NVIDIA akan menjualnya sendiri seperti mana yang dilakukan untuk SHIELD sebelum ini.

Dengan beberapa info sedia diketahui ini, mungkin kita akan melihat pengumuman berkaitan tablet Tegra Tab ini dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd