Asus Padfone Infinity Akan Berharga RM2699 Di Malaysia

Asus Padfone Infinity Akan Berharga RM2699 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 10, 2013 oleh .

Asus Malaysia sedia mengumumkan mereka akan mula menjual Padfone Infinity di Malaysia bermula penghujung September ini, dan kini mereka berkongsi akan harga peranti berkenaan kelak di Malaysia.

Asus Padfone Infinity merupakan dua peranti, iaitu sebuah telefon pintar, dan juga sebuah Station yang juga membolehkan pengguna menggunakannya sebagai tablet. Melalui telefon pintar berkenaan, ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 600, dan dilengkapi kamera 13-megapixel. Station-nya pula didatangkan dengan skrin bersaiz 10.1-inci.

Di Malaysia, Asus akan menjual versi 32GB pada harga Rm2699, dan dijangka akan ditawarkan pada penghujung September ini.


TIPS & ULASAN