Carian
DiGi Dan Green Packet Dalam Perbincangan Untuk Kerjasama 4G?
September 10, 2013 Aman

DiGi GreenPacketUra-ura berkenaan DiGi dan juga Green Packet bukan sesuatu yang baru, dan kini sekali lagi hadir beberapa ura-ura mengatakan DiGi mungkin mengambil-alih Packet One Networks (P1) pada harga hampir RM1 bilion.

DiGi sebelum ini sedia mengatakan yang mana mereka berminat untuk mendapatkan spektrum tambahan, disamping sekaligus membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan LTE dengan lebih meluas.

Green Packet yang memegang sehingga 61% daripada P1, dilihat inginkan harga jualan antara RM700 juta ke RM1 bilion untuk P1.

Walaubagaimanapun, menurut BTimes, DiGi masih menginginkan kerjasama dari segi perkongsian platform, kerana harga RM700 juta untuk Packet One adalah sangat tinggi jikalau dibandingkan dengan pegangan pasaran mereka.

Untuk mengukuhkan kedudukan dalam arena rangkaian LTE, beberapa syarikat sedia mengumumkan kerjasama secara rasmi, dan paling terbaru setakat ini adalah Celcom dan juga Altel. Selain itu, beberapa ura-ura turut hadir mengatakan pihak Telekom Malaysia turut sama akan menyertai arena LTE pada tahun hadapan.

Komen