Pada awal tahun ini, pihak Automattic (syarikat disebalik WordPress.com) telah mengambil-alih pembangun SimpleNote. Dan kini, selepas beberapa bulan, SimpleNote dilancarkan dengan nafas baru, bermula dengan platform Android.
SimpleNote untuk Android ditawarkan secara percuma, membolehkan mereka menggunakannya terus tanpa perlu mendaftar akaun dan sebagainya. Namun, sekiranya pengguna ingin sync nota yang disimpan pada pelbagai peranti, maka mereka diperlukan untuk mendaftar, dan ia akan sync pada akaun yang didaftarkan.
Pada masa yang sama, pihak pembangun SimpleNote juga turut sama mengumumkan yang mana versi Mac, Web dan juga untuk iOS 7 akan hadir tidak lama lagi.
Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun SimpleNote secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam tujuan untuk pengambilan nota.
- Muat Turun
- Muat-Turun Aplikasi SimpleNote untuk Android