WAU Animation Bakal Hadir Dengan Animasi Ejen Ali

WAU Animation Bakal Hadir Dengan Animasi Ejen Ali

Diterbitkan pada Sep 10, 2013 oleh .

Terdapat beberapa siri animasi 3D yang hebat dihasilkan oleh syarikat tempatan, dan terkini sebuah syarikat baru, dinamakan Wau Animation bakal hadir dengan siri animasi mereka tersendiri, dinamakan sebagai Ejen Ali.

Ejen Ali

Ejen Ali

Ejen Ali dijadual akan ditayangkan pada 2015 kelak, dan kini kerja pembangunannya telah pun dimulakan.

Melalui halaman Facebook rasmi mereka, Ejen Ali ini kelihatan akan mengisahkan seorang budak dalam usaha untuk menyelamatkan ayahnya yang diculik oleh pengganas siber hasil ciptaan ayahnya sendiri. Menyertai usaha menyelamatkan ayah Ali adalah seekor kucing peliharaannya, dan juga seorang perisik.

Selain daripada filem, Wau Animation juga dijangka akan memperkenalkan siri mini untuk Animasi mereka, lebih kurang seperti yang dilakukan oleh Upin dan Ipin serta Boboiboy.


TIPS & ULASAN