Seperti telah menjadi trend akhir-akhir ini, dimana selain memperkenalkan peranti berspesifikasi tinggi, satu lagi peranti seumpamanya dengan saiz dan spesifikasi rendah diperkenalkan beberapa bulan selepas itu.
Terkini, selain pengenalan Xperia Z1 kepada umum baru-baru ini, beberapa ura-ura dan desas-desus berkaitan Xperia Z1 Mini telah pun kedengaran.
Mengikut apa yang dikatakan buat masa ini, Xperia Z1 Mini kelak akan menyertakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 720×1280 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 800 dan juga memori 2GB RAM. Peranti versi mini ini juga dijangka akan menyertakan kamera seperti Z1, iaitu kamera 20.7-megapixel.
Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja, dan mungkin berbeza pada versi akhir kelak.
Tarikh pelancaran rasmi untuk Xperia Z1 Mini ini masih tidak diketahui buat masa ini.