Carian
Dryft Ingin Memudahkan Proses Menaip Pada Skrin Tablet
September 10, 2013 Aman

Salah satu masalah pada tablet sehingga hari ini adalah dimana ia tidak begitu mesra untuk proses menaip. Perkara ini cuba diatasi oleh salah satu aplikasi yang sedang dalam proses pembangunan, dinamakan Dryft.

Dryft dibangunkan oleh salah seorang pengasas Swype, dimana ia membolehkan papan kekunci atas-skrin disesuaikan dengan tangan pengguna, sekaligus menjadikan ia selesa untuk proses menaip.

Aplikasi ini juga disesuaikan dengan accelerometer di tablet, dalam mengenal pasti sama ada jari jemari pengguna dalam keadaan rehat, ataupun sedang menaip.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan Dryft tidak akan ditawarkan secara berasingan, tetapi akan mengikut jejak Swype ketika permulaan, dimana ia akan disertakan bersama-sama beberapa aplikasi secara terbina, ataupun melalui peranti tersebut sendiri.

Komen