Cari @ Amanz

Seperti dijanjikan oleh pihak pembangun permainan FIFA pada bulan lepas, hari ini mereka telah pun menerbitkan permainan FIFA 14 Demo di Origin, sekaligus membolehkan para peminat permainan tersebut mengetahui apakah yang akan diterima oleh mereka melalui permainan penuh kelak.

Buat masa ini, versi demo hanya diperkenalkan secara percuma untuk PC sahaja, dan dijangka akan menyusul untuk Xbox 360 kelak pada hari ini.

Permainan FIFA 14 ini membawakan bentuk permainan yang lebih realistik, termasuk grafik yang ditambah-baik dan sebagainya.

Permainan akhir FIFA 14 dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada PC, PlayStation 3 dan juga Xbox 360 pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd