Cari @ Amanz

Selain daripada jam tangan pintar, salah satu teknologi yang turut mendapat perhatian pada tahun ini adalah kereta yang dipandu secara automatik. Kini, dengan Nokia yang mula memfokuskan bahagian HERE Maps mereka, dilihat bekerjasama dengan Mercedes-Benz dalam membangunkan kereta automatik mereka.

Pengumuman ini adalah lanjutan daripada Here Auto yang diumumkan pada minggu lepas, dimana menawarkan pelbagai maklumat tambahan kepada kereta yang dihubungkan bersama-sama pelan data telefon pintar mereka. Melaluinya, ia memaparkan lebih banyak info, termasuk keadaan trafik dan sebagainya.

Ini mungkin adalah langkah pertama dalam penyediaan kereta yang dipandu secara automatik, sebelum mereka ke langkah yang seterusnya.

Walaupun masih pada peringkat awal, ia dilihat beberapa pengeluar kereta telah memulakan ujian untuknya, termasuk Google yang telah memperlihatkannya jauh sebelum ramai pengeluar.

Nissan sebelum ini turut telah mengatakan mereka akan hadir dengan kereta yang dipandu automatik pada harga mampu sekitar tahun 2020 kelak, dan kini dilihat Mercedes-Benz turut mensasarkan tahun yang serupa untuk kereta pemanduan automatik mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd