Cari @ Amanz

3DMark iOSDalam membuat benchmark, salah satu perisian yang amat berguna dan dipercayai ramai adalah 3DMark. Kini, selepas memperkenalkan versi Android beberapa bulan lepas, pihak pembangunnya juga kini turut melancarkannya untuk pengguna iOS.

Melaluinya, pengguna boleh membuat ujian untuk prestasi CPU dan juga GPU mereka, sekaligus melihat kebolehan yang dibawakan oleh peranti mereka berbanding yang lain.

Dengan pengenalan ini juga, ia sekaligus membolehkan pengguna membandingkan hasil ujian dengan peranti lain, termasuk daripada platform Android ataupun komputer Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd