DiGi Akan Memulakan Tempahan Untuk Galaxy Note 3 Pada 18 September

DiGi Akan Memulakan Tempahan Untuk Galaxy Note 3 Pada 18 September

Diterbitkan pada Sep 10, 2013 oleh .

Galaxy Note 3 DiGiDiGi semalam telah pun sedia memulakan pendaftaran minat untuk phablet terbaru daripada Samsung, iaitu Galaxy Note 3. Hari ini, melalui akaun Twitter mereka, DiGi turut berkongsi mengatakan pra-tempahan untuknya akan dimulakan pada 18 Oktober kelak.

Di Malaysia, Galaxy Note 3 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 25 September kelak, dan seperti sebelumnya, berkemungkinan semua syarikat telekomunikasi utama akan menawarkan ia bersama-sama dengan pelan dan pakej masing-masing.

Galaxy Note 3 membawakan skrin bersaiz 5.7-inci, dan dilengkapi dengan Android 4.3 Jelly Bean. Peranti ini juga dikatakan membawakan masa bateri yang lebih lama, selain turut menambah baik sokongan S-Pen, serta sokongan pengecasan berasaskan mikro-USB 3.0.

Dengan memulakan tempahan pada tarikh tersebut, kita juga mungkin akan dapat melihat mereka mengumumkan pelan dan pakej, termasuk harga peranti tersebut untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN