Cari @ Amanz

Bagi para pengguna tempatan yang menggunakan peranti HTC Butterfly, anda sudah boleh mengemaskini sistem operasi anda, dan memuat-turun Android 4.2.2 yang didatangkan bersama-sama antaramuka Sense 5 baru.

Sebanyak dua kemaskini disediakan pihak HTC Malaysia, dimana kemaskini pertama bersaiz sekitar 32MB yang lebih kepada penstabilan sistem operasi, sementara satu lagi kemaskini bersaiz 530MB membawakan kemaskini Android 4.2.2 dan juga Sense 5.

Bersama-sama dengannya, beberapa kemaskini lain yang turut disertakan adalah sokongan HTC Blinkfeed, sokongan widget pada lockscreenvideo highlights, dan beberapa yang lain.

Pengguna HTC Butterfly di Malaysia boleh menyemak kemaskini anda dengan ke halaman Settings, memilih tab About, dan seterusnya Software Updates.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd