Penganalisa : TM Mungkin Membeli 30% Pegangan Pada P1

Penganalisa : TM Mungkin Membeli 30% Pegangan Pada P1

Diterbitkan pada Sep 10, 2013 oleh .

TM P1Selain daripada desas-desus mengenai DiGi, kini salah satu penganalisa, iaitu RHB Research mengatakan pihak Telekom Malaysia mungkin membeli 30% pegangan pada penyedia perkhidmatan mudah-alih P1.

Seperti biasa, ia hanya spekulasi awal sahaja. Namun, sekiranya benar, ia akan memberikan peluang untuk TM memperluaskan perkhidmatan mereka, daripada penyedia jalur-lebar dengan talian tetap kepada penyedia jalur-lebar mudah-alih.

Beberapa bulan yang lepas, ia juga turut dikatakan yang mana pihak Telekom Malaysia sedang menguji perkhidmatan LTE mereka dibeberapa lokasi yang sukar untuk dicapai oleh UniFi, dan dijangka akan memperkenalkan ia seawal tahun hadapan.

Apa pun, dengan pelbagai spekulasi berkaitan anak syarikat Green Packet akhir-akhir ini, mungkinkah kita akan melihat ia diambil-alih ataupun sebahagian pegangan syarikat tersebut beralih tangan?


TIPS & ULASAN