Piriform sedia terkenal dengan aplikasi CCleaner yang digunakan ramai pengguna Windows seluruh dunia. Kini, dengan lebih ramai pengguna yang mempunyai lebih dari satu komputer, pihak Piriform dilihat bakal memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan Agomo.
Melalui Agomo, ia membolehkan pengguna mengawal beberapa komputer terus melalui pelayar web, sekaligus membolehkan anda membuat beberapa perkara, seperti membuang fail-fail yang tidak digunakan, membuang perisian yang sedia dipasang, menetapkan jadual defragment, dan beberapa yang lain. Pengguna juga turut sama boleh memantau sistem komputer dan keadaan semasa komputer mereka dari mana-mana melalui Agomo.
Buat masa ini, ia dilihat Agomo masih diuji dalam bentuk tertutup, dan mereka yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mengetahui bila Agomo tersedia untuk semua.