Jenama “Newkia” Mungkin Bukan Jenama Akhir Pada Telefon Pintar

Jenama “Newkia” Mungkin Bukan Jenama Akhir Pada Telefon Pintar

Diterbitkan pada Sep 10, 2013 oleh .

NewkiaPada minggu lepas, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran sebuah syarikat baru dinamakan Newkia yang ingin membawakan peranti seumpama Nokia tetapi menggunakan Android. Kini, beberapa info lanjut hadir mengenainya.

Melalui temuramah pihak CNet, ia dikatakan jenama Newkia mungkin tidak akan digunakan pada peranti mereka, dan beberapa idea untuk nama baru telah pun dalam fikiran mereka.

Pada masa yang sama, pengasas Newkia, iaitu Thomas Zillacus tidak akan menjadi CEO, tetapi salah seorang lain akan memikul jawatan tersebut. Namanya masih tidak didedahkan buat masa ini.

Sejak pengumuman berkenaan Newkia ini, ia dikatakan beberapa pekerja Nokia semasa telah pun memohon jawatan pada syarikat berkenaan, selain permohonan daripada ramai pekerja lain seluruh dunia.

Selain bercakap mengenai Newkia, Thomas juga dilihat memperlihatkan sebuah telefon pintar prototaip daripada pihak Nokia sekitar tahun 2003 yang lepas, dinamakan sebagai “MyOrigo”. Telefon ini membawakan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, tetapi pihak pengurusan Nokia dilihat mematikan pembangunannya.

Nokia MyOrigo

Nokia MyOrigo

Nokia MyOrigo

Nokia MyOrigo


TIPS & ULASAN