Cari @ Amanz

Bagi pengguna tempatan, mungkin sedia mengenali dua agensi kerajaan, iaitu MYNIC dan juga MDeC yang berkait rapat dalam dunia ICT. Kini, ia telah pun beralih daripada MOSTI ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dalam usaha untuk terus mengukuhkan arena ICT tempatan.

Seperti semua sedia maklum, MYNIC merupakan entiti yang memantau pendaftaran nama domain .MY di Malaysia, sementara MDeC pula lebih kepada pelaksanaan Multimedia Super Corridor.

Dengan kedua-duanya kini dibawah satu kementerian, ia juga dikatakan akan memudahkan pelaksanaan perkara berkaitan ICT, sekaligus menjadikan ia lebih efisyen berbanding sebelumnya. Perkara ini juga dijangka akan memudahkan proses pembangunan infrastruktur dan kandungan di Malaysia.

Bersama-sama ini, fungsi penggubalan, pelaksanaan dan pemantauan Dasar Teknologi ICT negara turut diserahkan kepada KKMM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd