iOS 7 Akan Ditawarkan Kepada Semua Bermula 18 September

iOS 7 Akan Ditawarkan Kepada Semua Bermula 18 September

Diterbitkan pada Sep 11, 2013 oleh .

Mengambil pentas utama hari ini, pihak Apple berkongsi beberapa perkara, termasuk salah satunya yang dinantikan ramai adalah berkaitan platform operasi mudah-alih mereka, iOS 7. Seperti semua sedia maklum, iOS 7 membawakan kemaskini antaramuka, disamping menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

iOS 7 sebelum ini telah diperkenalkan dalam bentuk beta kepada para pembangun, dimana antara perkara yang diperkatakan ramai termasuk sokongan latar belakang berbentuk parallax, sokongan Command Center, kemaskini pada Siri, dan beberapa yang lain.

Bercakap di pentas hari ini, ia diumumkan yang mana iOS 7 akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna iPhone 4+, iPad 2+, iPad Mini dan juga iPod Touch generasi ke-5 bermula 18 September ini.


TIPS & ULASAN