Apple iPhone 5S Di Singapura Pada 20 September

Apple iPhone 5S Di Singapura Pada 20 September

Diterbitkan pada Sep 11, 2013 oleh .

Bersama-sama pengenalan iPhone 5S, pihak Apple turut sama berkongsi mengenai beberapa negara awal yang akan menerimanya, termasuk salah satunya adalah negara jiran kita – Singapura.

Apple iPhone 5S dilihat memfokuskan kepada tiga perkara utama, iaitu cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit, sokongan kamera yang lebih baik, dan akhir sekali membawakan sokongan pengimbas cap jari dinamakan TouchID.

iPhone 5S

Bersama-sama iPhone 5S, Apple juga turut sama akan menjual iPhone 5C pada tarikh yang sama di Singapura. Di Singapura, iPhone 5S dijual pada harga SG$988 (16GB), SG$1,148 (32GB). Manakala iPhone 5C pula akan dijual pada harga SG$848 (16GB), SG$988 (32GB).

Tarikh jualan kedua-dua peranti untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN