iWork, iMovie, Dan iPhoto Ditawarkan Percuma Bersama-sama Pembelian Peranti iOS Baru

iWork, iMovie, Dan iPhoto Ditawarkan Percuma Bersama-sama Pembelian Peranti iOS Baru

Diterbitkan pada Sep 11, 2013 oleh .

Bersama-sama pengumuman peranti dan juga platform operasi iOS 7 mereka, pihak Apple turut sama berkongsi mengenai tawaran aplikasi mereka, dimana beberapa aplikasi dari Apple akan ditawarkan secara percuma untuk pembeli peranti iOS baru.

Daripada apa yang dikongsikan, iWork akan ditawarkan secara percuma, dan iPhoto serta iMovie akan turut menyusul sama.

Perkara ini mungkin akan menarik pengguna yang inginkan peranti mudah-alih untuk tujuan perniagaan dan produktiviti. Perkara ini juga mungkin secara tidak langsung akan memberikan saingan positif kepada pihak Microsoft, yang mana sedia menawarkan aplikasi Office Mobile untuk iOS, disamping menyediakan aplikasi Office secara percuma bersama-sama peranti mereka.


TIPS & ULASAN