Cari @ Amanz

Dengan pengumuman telefon pintar iPhone 5S dan juga iPhone 5C, pihak Apple turut sama dilihat mengemaskini halaman Apple Store Malaysia, menawarkan iPhone 4S berkapasiti 8GB pada harga RM1499.

iPhone 4S 8GB Malaysia

Pada masa yang sama, ia turut dilihat iPhone 5 tidak lagi ditawarkan melalui Apple Store Malaysia. iPhone 4S menjadi versi paling asas untuk telefon pintar Apple buat masa ini melalui Apple Store Malaysia.

Ia seperti telah menjadi tradisi untuk pihak Apple untuk memperkenalkan peranti iPhone dua generasi lepas apabila versi baru dilancarkan. Pada tahun lepas, pihak Apple menawarkan iPhone 4 8GB pada harga RM1449 untuk pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd