Samsung Home Sync Ditawarkan Pada Harga RM999 Di Malaysia

Samsung Home Sync Ditawarkan Pada Harga RM999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 11, 2013 oleh .

Kurang pasti sejak bilakah ia telah dimulakan di pasaran tempatan, pada pelancaran Samsung Experience Store yang baru, ia juga turut menyertakan sebuah ruangan khas untuk Home Sync.

Samsung HomeSync

Samsung HomeSync berfungsi sebagai sebuah penstrim media, membolehkan pengguna memainkan media daripada peranti GALAXY mereka terus ke televisyen. Ia didatangkan terbina bersama-sama cakera keras 1TB, selain turut menyertakan sokongan NFC pada ia.

Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip dwi-teras 1.7GHZ, dan turut dijana menggunakan Android Jelly Bean, membolehkan pengguna mengakses PlayStore untuk mendapatkan kandungan terus pada HomeSync.

Di Malaysia, Samsung HomeSync ini dijual pada harga RM999.


TIPS & ULASAN