Carian
PhoneBloks Ingin Memudahkan Proses Penaik-Tarafan Telefon Pintar
September 11, 2013 Aman

phonebloksPada hari ini, ia boleh dikatakan kebanyakkan pengguna menukar telefon pintar mereka setiap tahun, ataupun ada yang membuang terus telefon mereka apabila ia rosak. Perkara ini boleh dikatakan adalah disebabkan oleh komponen terbina pada telefon pintar.

Untuk mengatasi masalah ini, salah satu idea yang diketengahkan adalah PhoneBloks. Phonebloks membawaakn rekabentuk yang membolehkan pengguna mengubah komponen telefon pintar mereka dengan mudah. Ia sekaligus memperlihatkan membolehkan pengguna menyesuaikan telefon mereka mengikut kehendak dan keperluan daripada mereka.

Buat masa ini, hanya sebuah video konsep diperlihatkan, termasuk sebuah halaman kempen sosial, untuk menyebarkan idea Phonebloks ini.

Ramai pengguna juga debat akan konsep ini, memandangkan sekiranya dilihat dari sudut komputer desktop, setiap bahagian pada papan litar mempunyai ruangan komponennya tersendiri, dan bukannya boleh dipasang mengikut sesuka hati.

Jadi, apa kata anda mengenai idea Phonebloks ini? Adakah ia relevan dan boleh dilaksanakan?

Komen