Cari @ Amanz

Bagi para peminat peranti Nokia, hari ini pihak Nokia Malaysia telah mula menghantar emel jemputan kepada acara khas berkaitan Nokia Lumia 1020, yang mana dijadualkan pada minggu hadapan.

Nokia Lumia 1020 Malaysia

Nokia Lumia 1020 membawakan kamera 41-megapixel bersama-sama dengannya, sekaligus menjadi salah satu telefon pintar pilihan bagi mereka yang inginkan sesuatu untuk tujuan rakaman gambar dan video.

Harga jualannya dan tarikh peranti ini akan mula dijual di Malaysia dijangka akan dikongsikan pada 19 September ini.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd