Kini Anda Boleh Mengelilingi Kilang Motorola Melalui Street View

Kini Anda Boleh Mengelilingi Kilang Motorola Melalui Street View

Diterbitkan pada Sep 11, 2013 oleh .

Google sedia menambah beberapa kawasan menarik seluruh dunia pada Street View, dan terkini ia dilihat pihak Google turut sama menambah sokongan StreetView untuk kilang Motorola, dimana Moto X dihasilkan.

Untuk makluman, pihak Google telah mengambil-alih Motorola Mobility sebelum ini, dan mungkin ia bukan sesuatu perkara yang mengejutkan ramai untuk pihak Google menambah sokongan StreetView untuk tempat penghasilan peranti berkenaan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimanakah tempat penghasilan Moto X kelihatan, mungkin boleh mula melawatnya terus melalui pelayar web anda hari ini.

Lawat : Fort Worth, Texas pada Street View


TIPS & ULASAN