SKMM Akan Mematikan Akses Peranti Yang Hilang Menggunakan IMEI Bermula November

SKMM Akan Mematikan Akses Peranti Yang Hilang Menggunakan IMEI Bermula November

Diterbitkan pada Sep 11, 2013 oleh .

Beberapa negara lain sedia menyediakan sistem untuk mematikan sesuatu peranti yang dilaporkan hilang atau dicuri. Kini, Malaysia turut sama akan melaksanakannya bermula bulan November kelak.

Untuk menjayakannya, pihak SKMM akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi.

Daripada proses yang dikongsikan, ia dikatakan pengguna hanya perlu melaporkan telefon yang dihilang bersama-sama dengan angka IMEI mereka kepada syarikat telekomunikasi, dan seterusnya syarikat telekomunikasi akan menghubungi pihak SKMM dengan informasi berkenaan.

Ia dikatakan akan mengambil masa lebih kurang tiga jam, sebelum sesuatu telefon itu dimatikan, dan tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh sesiapa walaupun mengubah kad-SIM.

Buat masa ini, ia dikatakan pihak SKMM masih sedang memikirkan cara untuk bagaimana proses seterusnya sekiranya sesuatu peranti itu ditemui kembali.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sehingga bulan November kelak berkenaan bagaimanakah ia akan diperkenalkan kepada umum.

Baca : IMEI merupakan angka 15-digit yang unik untuk setiap peranti.


TIPS & ULASAN