Asus Bakal Hadir Dengan Versi Baru Padfone Pada Minggu Hadapan

Asus Bakal Hadir Dengan Versi Baru Padfone Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

Sementara pihak Asus Malaysia baru sahaja akan menawarkan Padfone Infinity untuk pasaran Malaysia bermula penghujung bulan ini, ia tidak menghentikan pihak Asus untuk hadir dengan sebuah lagi versi Padfone baru.

Melalui sebuah video yang diterbitkan, Asus memperlihatkan yang mana mereka akan hadir dengan sebuah versi Padfone baru pada minggu hadapan – 17 September.

Mengikut pelbagai spekulasi, ia dikatakan yang mana ia akan menyerupai versi Padfone semasa, dan cuma menyertakan cip pemprosesan berasaskan Snapdragon 800, selain mana turut menyertakan slot mikro-SD bersama-sama dengannya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 17 September ini untuk melihat apakah yang akan dibawakan oleh pihak Asus kelak.


TIPS & ULASAN