“Steam Family Sharing” Akan Membolehkan Pengguna Berkongsi Permainan Bersama Rakan

“Steam Family Sharing” Akan Membolehkan Pengguna Berkongsi Permainan Bersama Rakan

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

Ramai pemain seluruh dunia sedia membeli pelbagai jenis permainan melalui Steam. Menariknya, hari ini pihak Valve turut mengumumkan sebuah fungsi baru, iaitu Steam Family Sharing, membolehkan pengguna sedia ada berkongsi akses permainan mereka bersama-sama rakan dan keluarga mereka.

Melalui fungsi baru ini, ia membolehkan rakan anda memainkan permainan anda, dan seterusnya menerima mata ganjaran Steam serta menyimpan progres permainan mereka pada Steam Cloud.

Pengguna boleh memohon akses kepada rakan dan keluarga mereka melalui fungsi baru ini, dan sekiranya diberikan kebenaran, pengguna boleh memuat-turun dan mengakses permainan tersebut pada komputer mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, Steam Family Sharing ini diterhadkan kepada akses sehingga 10 peranti sahaja pada sesuatu masa. Selain daripada itu, permainan yang dikongsikan itu hanya boleh diakses oleh seorang pengguna sahaja buat sesuatu masa, dan tidak boleh dimainkan oleh yang lain.

Steam Family Sharing ini dijangka akan diperkenalkan dalam bentuk beta terhad kepada pengguna tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN