Chromebooks Berasaskan Haswell Akan Hadir Daripada Acer, HP, Asus Dan Toshiba

Chromebooks Berasaskan Haswell Akan Hadir Daripada Acer, HP, Asus Dan Toshiba

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan beberapa pengumuman pihak Intel, Google turut sama mengambil peluang, dan sekaligus mengumumkan yang mana Chromebook baru akan hadir daripada Acer, HP, Asus dan juga Toshiba dalam beberapa bulan lagi.

Chromebook Haswell

Seperti biasa, ia akan membawakan masa bertahan bateri yang lebih lama, disamping dilengkapi prestasi pemprosesan lebih baik berbanding versi lain. Daripada apa yang dikongsikan oleh Google, antara yang akan diperkenalkan termasuklah Acer Chromebook, HP Chromebook14, Toshiba Chromebook dan juga ASUS Chromebox.

Google turut berkongsi mengatakan yang mana dengan pengumuman baru ini, sebanyak enam daripada pengeluar terkemuka komputer riba kini menawarkan Chromebook.


TIPS & ULASAN