Cari @ Amanz

Dell Akan Memperkenalkan Siri Tablet “Venue” pada Bulan Hadapan

Oleh Aman

Link Copied!

Bersama-sama pengumuman cip pemprosesan Intel Bay Trail, beberapa pengeluar turut sama telah mengambil pentas utama, berkongsi mengenai apakah yang akan ditawarkan oleh mereka.

Salah satu yang turut mengumumkan perancangan mereka adalah Dell, dimana mereka akan hadir dengan siri tablet dinamakan Venue. Daripada salah satu tablet yang diperlihatkan, ia kelihatan seperti bersaiz sekitar 8-inci, dan dijangka menjalankan Windows 8.1.

Dell dijangka akan mengadakan sebuah acara pelancaran khas pada awal Oktober ini, dan mungkin kita akan melihat mereka mengumumkan pelbagai info lanjut berkaitan dengannya pada tarikh tersebut.


Komen ()