Google+ Kini Menyertakan Sokongan Penyuntingan Gambar Snapseed Untuk Pengguna Chrome

Google+ Kini Menyertakan Sokongan Penyuntingan Gambar Snapseed Untuk Pengguna Chrome

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

Google PlusPada aplikasi Google+ untuk Android dan iOS, ia sedia mengintegrasikan sokongan penyuntingan gambar daripada Snapseed. Kini, nampaknya Google turut membawakan sokongan sama ke versi web Google+ melalui Chrome.

Melalui sokongan penyuntingan gambar baru ini, ia membolehkan pengguna membuat Auto Enhance, menambah filter, dan beberapa yang lain, terus melalui pelayar web Chrome.

Sekiranya pengguna menggunakan pelayar web selain daripada Chrome, maka fungsi baru ini tidak akan diperlihatkan, dan hanya sekadar fungsi penyuntingan asas seperti sebelum ini sahaja akan diperlihatkan kepada pengguna Google+.


TIPS & ULASAN