Cari @ Amanz

Selain akan hadir dengan Asus Chromebox, ia dilihat pihak Asus turut sama mengambil pentas IDF 2013, memperlihatkan sebuah komputer hibrid baru daripada mereka, iaitu Asus Transformer T100.

Asus Transformer T100 membawakan skrin sentuh bersaiz 10.1-inci, dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom Bay Trail-T, memori 2GB RAM, sokongan mikro-HDMI, dan dilengkapi dengan sistem operasi Windows 8.1.

Asus Transformer T100

Asus Transformer T100

Menariknya mengenai peranti ini adalah dimana Asus meletakkan harganya serendah $349 untuk versi 32GB. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan komputer hibrid ini pada harga rendah, dan sesuai untuk tujuan produktiviti berbanding beberapa yang lain.

Apa pun, bilakah ia akan hadir ke pasaran tempatan masih tidak diketahui sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd