Evleaks hari ini hadir dengan maklumat baru, mengatakan yang mana pihak Nokia bakal memperkenalkan phablet bersaiz 6-inci berasaskan Windows Phone mereka itu pada 26 September ini.
Mengikut maklumat yang tertiris sebelum ini, Lumia 1520 ini dijangka akan membawakan skrin dengan paparan resolusi 1080×1920, cip pemprosesan Snapdragon 800, dilengkapi memori 2GB RAM, serta didatangkan dengan Windows Phone 8 GDR3.
Phablet boleh dikatakan agak menarik minat ramai pengguna akhir-akhir ini, terutamanya mereka yang banyak mengakses media pada peranti mereka.
Sementara itu, di Malaysia pula, pihak Nokia Malaysia bakal memperkenalkan Lumia 1020 untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan.