Galaxy Gear Dan Galaxy Note 3 Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Galaxy Gear Dan Galaxy Note 3 Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

Nampaknya, Samsung Malayia bergerak pantas kali ini, dimana selepas mengumumkan Galaxy Note 3 pada minggu lepas, hari ini pihak Samsung Malaysia telah pun mula menghantar emel jemputan untuk acara Galaxy Gear dan Galaxy Note 3 di Malaysia.

Galaxy Note 3 Malaysia

Galaxy Note 3 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci dan dilengkapi Android 4.3. Pihak Samsung juga turut melengkapkannya dengan sokongan mikro-USB 3.0, serta menambah lebih banyak sokongan menarik melalui penggunaan S-Pen.

Galaxy Note 3

Galaxy Gear pula merupakan jam tangan pintar daripada Samsung, membolehkan ia beroperasi secara bersendirian, ataupun dihubungkan ke telefon pintar, dan melihat pelbagai notifikasi padanya.

Galaxy Gear

Kami seperti biasa akan membawakan pelbagai kemaskini semasa daripada acara berkenaan pada minggu hadapan – 20 September.


TIPS & ULASAN