Permainan Keep Fishin Hadir Daripada Pembangun Tempatan Untuk Pengguna Android

Permainan Keep Fishin Hadir Daripada Pembangun Tempatan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

Ingatkah lagi dengan Accurve Studio yang pernah hadir dengan permainan Wheres My Chicken pada tahun lepas? Kini, mereka telah menerbitkan satu lagi permainan baru, dinamakan sebagai Keep Fishin, dan sedia untuk dimuat-turun secara percuma oleh semua pengguna Android.

Keep FishinMelalui permainan Keep Fishin ini, ia membawakan dua watak permainan, iaitu seekor kucing dengan nama “Sniffles”, dan seekor jerung dinamakan “Mr. Fin”. Pemain dikehendaki mengawal Sniffles yang mana bertugas untuk Mr. Fin dalam menangkap seberapa banyak ikan yang boleh.

Pelbagai tahap disediakan, menawarkan beberapa halangan yang menjadi semakin lama semakin sukar. Seperti kebanyakkan permainan lain, pengguna juga boleh menaik taraf beberapa perkara dalam menjadikan permainan anda semakin menarik.

Bagi pengguna Android, permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Keep Fishin untuk Android


TIPS & ULASAN