Cip pemprosesan peranti mudah-alih berasaskan 64-bit sedia dikatakan akan hadir ke pelbagai peranti bermula tahun hadapan, dan pada minggu ini, pihak Apple telah memperkenalkan iPhone 5S mereka dengan cip A7 berasaskan 64-bit.
Kini, melalui sebuah temuramah oleh KoreaTimes, ia dikatakan pihak Samsung turut sama akan hadir dengan peranti yang menyokong cip pemprosesan berasaskan 64-bit, tetapi bukan dalam masa terdekat ini.
Bagi kebanyakkan mereka yang mengikuti perkembangan dunia cip, mungkin sedia maklum yang mana perkara ini akan berlaku, dan bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Untuk makluman, mungkin ianya agak tidak berguna buat masa ini, melainkan pelbagai aplikasi dan perisian Android sendiri dioptimasikan untuknya.
Perkara ini juga membuatkan ramai hadir dengan spekulasi mengatakan pihak Google mungkin memperkenalkan sokongan 64-bit pada Android 4.4 KitKat, sekaligus membolehkan ia dijalankan pada komputer riba dan sebagainya. Apa pun, ia hanya sekadar spekulasi, dan tidak diketahui bilakah Google akan menambah sokongan tersebut pada Android. Beberapa desas-desus turut mengatakan versi akan datang Android tidak akan dioptimasikan untuk 64-bit.